Laporan akhir inkuiri Klip video Lingam

Pada 9 Mei 2008 Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Pengerusi Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video V.K. Lingam menyatakan laporan akhir telah siap dan diserahkan kepada Sultan Mizan selaku Yang Di Pertuan Agung. Penyerahan laporan itu disaksikan oleh 4 anggota suruhanjaya iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan pakar sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya Diraja 5 orang itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit. 21 saksi dipanggil termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. 3 orang ketua hakim negara turut dipanggil memberi keterangan. Klip video itu menunjukkan seorang peguam India mampu mengatur perlantikan hakim hanya melalui perbualan telefon dan pakej perlancongan ke luar negara.

Setiausaha Suruhanjaya Diraja , Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, yang juga Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, akan menyerahkan laporan itu kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Laporan itu hanya setebal 186 halaman dan hanya Perdana Menteri Malaysia boleh menentukan ia boleh didedahkan kepada umum atau tidak.[27]

Salah seorang saksi dalam kes pita Lingam, Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tujuan video Lingam adalah peras ugut dan menjatuhkan kredibiliti beliau dan peguam bela beliau dalam kes saman Anwar Ibrahim yang kebetulan adalah Lingam.[28]

Laporan Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Lima yang lainnya ialah bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan. Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan[29]

Rujukan

WikiPedia: Klip video Lingam http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=c... http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3...